Tuesday, March 9, 2010

Aku sebak cikgu peluk

1.08 am ketika ini. Baru lepas mengayat si dia, terkial-kial nak cakap keputusan dia. Ada A ke, B ke, ini tidak diam membisu macam cacing tengah mengawan. Dan keputusan aku untuk Sijil Paling Mudah 2009 ialah 1A dan yang lain credit. Alhamdulillah, berkat doa daripada kau Aiman dekat Mekah. Aku bersyukur sangat-sangat. Dan kau pun dapat 4A, sumpah kau gempak.


Terima kasih yang tidak terhingga dari A sampai Z.



Orait macam biasa, dalam dewan dah confirm-confirm ada yang melalak melolong menangis gembira. Aku tak menangis, saja control macho walaupun result aku tak seberapa.


Pn. Chee peluk aku bila dia tengok slip subjek Ekonomi aku lulus. Sejak form 4 asyik gagal je, SPM lulus. Tu pun cukup-cukup makan. Ada plak tu yang lebih berminat tengok fail sijil aku daripada slip aku, terserlah gambar aku masa kecil. Comel kata mereka. Sekarang muka aku lebih kepada artis kulit hitam Barat, tak ingat aku nama dia. Kanye West ke Chris Brown, lebih kurang lah.


Oh Pn. Hanim nak belanja seafood steamboat siapa yang cemerlang subjek seni dia.


Jangan lupa ye cikgu, saya nak makan ikan kerapu masam manis stail Siam.

No comments: