Wednesday, January 13, 2010

09 is the previous chapter

Yoshie, apa khabar semuanya. Baru sekejap tadi baca blog si Maio Myers tu, sangat menarik perhatian. Aku rasa nak tulis macam apa yang dia tulis, bukan meniru. Mari kita kongsi memori indah ini bersama.



- Main kejar-mengejar dengan Cikgu Mail.
- Borak dengan pengawas masa paper Ekonomi SPM.
- MTV World Stage.
- Ponteng sekolah pergi tengok budak perempuan hoki bertanding.
- Lepak Mcd sampai pukul 3-4 am dengan Aiman, Nana, Acap.
- Tarik diri dari pasukan pancaragam.
- Trumpet aku kena curi, instrument band yang paling berkilat masa tu.
- Perform untuk 2 band dalam satu hari.
- Dapat jumpa si Hutcherson.
- Lepak Mystery Bar dengan Daus, Adid.
- Konflik dengan bandmate aku, teman seperjuangan. Biasa lah tu.
- Ragbi dapat number 3 MSSD Petaling Perdana.
- Pergi event AKAR, performer mereka sangat beremosi. Fuhh.
- SPADE Party, Prom Night; conclusion - cuci mata.
- Keluarga 69. "Tai Familia Bloodline 69"
- Dikhianati kawan sendiri.
- Rindu dengan Erin Gila, tiap-tiap hari jumpa aku je "ABANG HARIZ!!!"
- Junior band.
- Sangat indah masa dinner SSAASBAND. Jumpa ex's band.
- Berkenalan dengan orang-orang cool dan superb.
- Hampir semua orang dalam kelas ponteng kelas BM lepak court basketball.
- Pengaruh Paramore, Fireflight, Red Jumpsuit Apparatus.
- Cikgu Mahani dan Cik Pah. Loghat Kedah masih ada.
- Photoshoot untuk memory page sekolah.
- Bercakap secara spontan dalam bahasa Inggeris dengan cikgu.
- Gelak tawa bersama rakan sekelas, bilik cikgu disiplin dekat sebelah je. Best kan.
- Beli DSLR baru, Nikon D300. Malas nak bawak ke luar, orang kata poser plak nanti.
- Pen lukisan aku selalu hilang.
- Headbanging dekat Paul's Place. First time headbanging sampai snowcap aku koyak.
- Cikgu Shima panggil aku berus jamban, rambut aku pacak time tu. Natural punya pacak.
- Astro b-yond, TV LCD, set DVD. Semuanya tukar baru. Wooohoo.
- Jamming sampai berbelon jari aku.
- Lepak rumah Aiman, dia tengah tengok 'haru biru'.
- Orang-orang yang aku sangka sombong rupanya baik budi pekerti.
- Nampak awek main piano dekat kedai Yamaha. Sumpah aku cair.
- Nyanyi lagu In The Ayer kuat-kuat dalam kelas. Oh Hot Damnn.
- Ayat yang selalu aku guna, "penat jadi peramah".
- Pernah buat Umy nangis.
- MSN dengan Maio Myers, Teha Tucker. Korang buat aku asik nak tergelak je.
- PC aku dah berapa kali hantar repair, masuk virus BRONTOK kut.




Aku tersenyum dan tergelak seketika selepas apa yang aku tulis diatas ni. Banyak benda negatif dari positif yang aku kenangkan. Malas nak tulis, ini pun dah memori yang sangat manis. Buat apa nak dikenangkan si pahit.


Okay, mee bandung mak aku dah siap. Utadakimasu.

1 comment:

Maisarah said...

hahaha maio myers tak boleh blah nama haha