Saturday, August 28, 2010

Aku baru dihadiahkan sebuah laptop Acer 4745G intelCORE i5, saja nak meriakkan diri kononnya lah, come on Hariz.


Kadang-kadang korang ada terfikir tak untuk apa korang hidup kat dunia ni, apa akan jadi dengan hidup korang dan macam mana korang mengatasinya samada boleh atau enggak dalam istilah kata Indon. Macam aku, aku tak pernah bermain cinta. Atau boleh dikatakan aku pernah suka si dia dan aku tau si dia pun suka aku, dan pada masa yang sama aku mula berangan macam mana kami bercinta berpegangan tangan macam sepasang kekasih yang lain. Kemudian, akan timbul rasa mahu advancekan hubungan itu secara lanjut.


Kami berkahwin dan mempunyai sepasang kembar yang comel, yang lelaki aku berikan nama dan begitulah sebaliknya. Masuk sekolah menengah, aku sendiri menyuruh mereka libatkan diri dalam marching band tak kisah main any kind of instrument. After that, aku masukkan mereka dalam kelas muzik. Yang lelaki bermain violin, dan perempuan aku suruh dia belajar drum. Alangkah indahnya, mereka datang kepadaku sambil berkata "Abah Abah, dengar lagu baru Danial ni".


Bahagia kan hidup macam tu? tapi apakan daya. Ini semua fantasi, lebih kurang macam Alice in Wonderland. Tak salah berimaginasi kan, jangan biarkan orang lain yang tentukan hidup kita. Kebanyakan masyarakat kita sekarang ni lebih kepada budaya mengikut, tiada identiti sendiri.


By the way, comel kan nama Danial?

No comments: