Sunday, April 25, 2010

Kau

Untuk kau dan anak buah kau, aku tabik gila babi dekat kau yang dah ubah semuanya. Dan aku akan rindukan kau, kau, kau, kau, kau oh ye kau juga serta kau. Kita kalahkan sekolah yang berlagak hebat yang pernah ngada-ngada nak pakai nama Cadet. Kita buat yang terbaik sudah memadai.


Kau, ingat aku tak tahu kau pernah menangis kat tandas Sunway Pyramid pasal aku keluar pancaragam. Kau poyo lebih konon tak emosional sangat. Aku hargainya sangat-sangat sampai mati.


Heh, dan untuk kau dan kau, korang dua lah yang menjadi penyebab aku on MSN hampir setiap hari. Sekarang, nama korang tak pernah langsung menyala hijau dekat list aku. Dengan siapa lagi aku mahu cerita pasal music scene dekat Malaysia ni.


And to all my brotherhood, what have you done to me that makes me feel proud? Korang best, aku tak tipu.