Monday, October 19, 2009

dinner aku hanya makanan jepun

Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) menganjurkan sebuah event "Forget Traffic, Let's Jam!" baru-baru ni. Tiap-tiap sabtu sehingga awal Januari tahun depan akan ada konsert. Tema untuk sabtu lepas; The Big Country. Ala-ala koboi gitu. Tak mahal cuma RM 15. Pernah ke high class event tiketnya cuma 15 hinggit? tak pernah kan.





Tiket aku pun sebenarnya ada orang belanja, aku yang takde duit haha.



Blablabla...



Okay, sampai pukul 6.30; Sir Mus kata kalau nak jejalan tu jalan lah. Tunggu dekat entrance KLCC katanya. Dan yang tinggal aku, Anan Terlanjur, Ereene Green dan Bent. EG nak sangat pergi food court atas tu, makan teppanyaki-aku main tulis je tak reti nak eja macam mana. Aku jugak yang menghabiskan makanan dia memandangkan aku lapar yang amat masa tu.



Makan sudah, solat sudah, kencing berak sudah; kitorang masuk dalam hall tu. Dan whoaa, terbaik. Malaysia memang sudah ada wawasan. Dewan tu besar, lighting system, audio system, semuanya A+ aku bagi.



Let the magic begin,



Intro concert malam tu, dia paparkan silent film konon-konon macam Charlie Chaplin. Silent film dan musik sahaja yang dimainkan. Audience sume tergelak bila ada babak-babak tertentu, cukup kelakar. Itulah kekuatan musik, filem tanpa dialog pun boleh mengghairahkan sesuatu, dan mengkucar-kacirkan perasaan.


Aku suka diorang main lagu Magnificent Seven dan The Lone Ranger. Bahu aku kejap naik kejap turun ikut rentak lagu tu. Serius.




*gambar-gambar tak dapat dimuat turun ketika ini, maaf ye. boleh plak syntax error. tunggu esok pagi lepas sembahyang subuh. oh sumpah aku rindu kau, av hutc. i love u so much ;)



_______________________




Okay seperti yang dijanjikan,












1 comment:

aireen said...

walawehh nm sy ada lah :D