Tuesday, September 8, 2009

Hariz In Wonderland

Oh kau rupanya.

Brrp alhamdulillah, burger buatan sendiri lebih enak sebab macam-macam kita boleh letak bersesuaian dengan nafsu kita. Enough said. Belajar Inglish dengan Neesa. Sependek-pendek Neesa melompat, akhirnya? haha maaf tiada kena mengena. By the way, thank you Neesa Frankie.


11.58 p.m.


Esok kertas seni, kacang bagi aku dan cili padi buat Luqeey haha. Kerja-kerja melakar, melukis sangat senang bagai menatang minyak yang penuh. Bab-bab kaler mengaler je bukan bidang aku. Oh, aku diberi task membuat sebuah lukisan dengan menggambarkan...

"Kita berada di alam yang aneh, penuh dengan flora yang gergasi. Kelihatan beberapa rumpun cendawan yang besar tumbuh dengan liarnya. Beberapa ekor rama-rama terbang hinggap diatas salah sebuah cendawan tersebut".


Wahh, macam kartun Alice In Wonderland. Perkataan "Alice" tukar kepada "Hariz". Much better right?.


Well, macam biasa. Setiap kesenangan ada kesusahan. Beberapa kali telefon rumah aku berdering, semata-mata mahu aku menolong mereka yang kononnya agak kekok memegang pensel untuk melukis.


Wajah-wajah mereka yang agak Pan-Asian bertukar ala-ala Jonas Brothers. Alele, senyum. Konon manja lah. Belanja aku Carls. Jr nanti.

No comments: