Sunday, July 12, 2009

aku, tv dan seni?

Ermm korang rasa ada perbezaan tak antara personaliti tv dan anak seni?. Bukan nak cerita banyak tapi ada mamat ni kerja dia cuma mengacarakan program bual bicara pasal gossip panas selebriti, and macam biasa ada artis jemputan dalam program dia ni. Aku pun tak penah tengok dia berlakon ke apa ke. Kalau ada pun setakat satu dua tak payah lah.


Dia ni memang terkenal pasal mulut dia tu. malah berbangga dikurniakan mulut laser tu. Ye, aku sendiri dah baca blog dia yang suka menghina artis yang salah didepan mata dia. Ada je problem dia nak cakap. Kalau dekat Melodi dia selalu kata macam ni "I kan bukan nak kata apa lah tapi I yang sebagai anak seni ni rasa terpanggil untuk benda² camni". Erm tak kisah lah apa dia cakap tapi dia ada sebut dia sebagai anak seni.


Setahu aku lah, penggiat seni ni macam orang yang bermain teater, teater muzikal, wayang kulit, berlakon drama,filem dan macam² lagi. Kalau nak diikutkan orang yang busking kat tepi jalan tu pun penggiat seni jugak haha. Sudahlah, cakap banyak tak guna jugak. Oh ye, jikalau sesiapa ada bantahan pasal blog ni, luahkan je. Aku sangat terbuka hati untuk membacanya. Adios

No comments: