Monday, December 8, 2008

benda yang paling aku nak buat

1. beli camera sendiri tak kira lah dslr ke digicam ke. boleh set distance zoom, ISO, effect ape sume tu pon jadi lah haha. aku nak buat folio gamba² yang aku snap selama aku hidup bertahun² ni. seriously, bila aku jejalan memana seringkali aku dapat pemandangan, aksi, ekspresi muka yang selalu menarik perhatian aku. pastu aku terfikir "apsal lah aku takde camera skang ni. boleh aku snap gamba orang tergolek tu". kat rumah aku ada digicam. tapi tu untuk satu keluarga nak guna. haishh rugi rugi. oh ya, aku bukan orang yang nak beli dslr sebab sesaja snap. tu membazir namanya kalau tak reti guna. poyo je bawak kesana kemari dslr tapi tak reti guna.


2. aku nak busking depan pavilion main lagu jazz. tak tau apsal tapi aku suka tengok orang busking tepi jalan ni. macam cool gila. ape ingat aku tak tau main alat muzik ke? kau tanya lah sesapa kenal hariz tak. mesti dia kata "hariz mana satu?". aku boleh lah main drum, trumpet, gitar (scrumming je tak bole plucking lagi) dan keyboard (basic song macam happy birthday haha). nanti kalau aku jamming kat 9 sebelah Mas tu tengok² lah ye kehebatan aku bermain alat muzik. nak tau lebih pasal muzik pon boleh datang jumpa aku. pasal not² 'tauge' tu pon aku boleh ajar. aku serius kali ni :)


3. aku nak jadi pereka grafik yang disegani di luar negara. aku lebih suka terkenal kat luar negara daripada dalam negara ni. aku amek contoh band popshuvit. dia mana terkenal sangat kat mesia ni memula. kat jepun sume kenal popshuvit. baru skang media terhegeh² carik popshuvit tu. entah lah, aku rasa aku nak berhijrah kat luar negara lepas kahwin nanti (who knows?). bukan apa lah, tapi aku rasa time aku dah besar nanti mesia dah jadi lain. tengok skang pon dah tau. sorry to say


4. bukak syarikat sendiri. Har'sdesign Co (ada style tak?) design baju, design banner, design macam² lagi lah. any kind of art ;). kita berkarya dari imaginasi. kita berimaginasi daripada kehidupan. oh kadang² orang pandang remeh temeh kat budak yang suka berimaginasi tinggi "eleh, poyo je budak tu nak main sampai chelsea. padahal main defense macam cibai". tak salah berimaginasi kan :)


5. dah sampai masa aku nak berbakti kat ibubapa aku. tak tau nak balas cemana. ada ustaz kata (aku tengok forum perdana tv1) ibubapa memang kita tak boleh membalas jasanya sebab terlalu besar pengorbanan dia. entah lah, ingat nak hantar dorang buat haji boleh kot. luv u mama and abah. and abah selamat hari raya haji (dia takde kat sini weh. oversea) :(


6. aku nak memartabatkan industri marchingband mesia kepada satu dunia. tapi agak leceh la sebab nak kena banyak komitmen nak buat sume² ni. aku pun ada join gak pancaragam sekolah aku sebab tu aku kata susah nak jadikan benda ni sebagai satu benda yang agak gempak. korang tengok drumline kan? tu sume tu tipu haha. kalau korang tengok the making dia sume nya perlahan. shot tu je dilajukan haha. nak yang btol punya tengok DCI (Drum Corps International). search je kat youtube. kat mesia ni ada lah jugak gempak². tapi tak sume lah hehe.


7. teman wanita? mungkin ye mungkin tidak ;)



tu je lah kot. rasanya lah hehe...

No comments: