Saturday, May 19, 2012


Assalamualaikum, dah berbulan rasanya tinggalkan blog ni.  And i'm back.


Bla blabla bla... dan bla


Makin nak habis diploma ni makin banyak benda dalam kepala otak nak kena fikir, apa kau mampu hidup dengan ilmu yang kau ada? apa kau mampu nak tanggung anak dara orang, apa kau mampu bagi anak kau apa yang kau tak dapat masa kau kecil? apa kau mampu hidup senang macam orang lain? apa kau mampu beli rumah besar-besar macam orang lain? apa kau mampu dapat gaji puluhan ribu pada awal 30-an atau 40-an?








Err, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan...



Fuhh, apa yang kau mampu? Kau mampu berimaginasi dan berhalunisasi.  Kau juga kadang-kadang hanya mampu bermonolog seorang diri...


And andai kata kau dapat semua tu, do you really happy? I mean like, do you seriously really happy with that achievement? can i be a good father, ajar anak mengaji blabla semua tu.  


Pening kepala bro, I'm not goin to live my life saying this shit 'kalaulah aku blabla'.


Yeah, memang benda tu yang selalu aku fikir buat masa sekarang ni.

Monday, October 24, 2011

Oi oi.

Alif dengan Acap datang rumah aku bawak kereta Myvi SE 1.5 yang baru perghh laju bhaaii. Lepak bercerita lepak bercerita kentut lagi gelak kemudian, sampai pukul 3.30 a.m. Kelakar pula diorang mula bercerita hal-hal lampau dulu-dulu zaman-zaman belum ada bulu ketiak. Alif bergaduh dengan kakak dia sampai kena halau duduk luar rumah, Acap pula pernah tumbuk hidung adik dia sampai berdarah dan Jr pernah buat kakak dia hidung berdarah. Kadang-kadang tu kita rasa seronok bila kita bercerita tentang zaman kechik-kechik dulu.

Dan tak perlulah aku nak bercerita tentang apa yang aku buat dulu-dulu. Hihi.

Oh ye, post aku sebelum-sebelum ni lepas aku baca balik tak sangka aku banyak cakap pasal Tai Familia 69 yang acah-acah gengster konon pegang sekolah yang dulunya aku bangga-bangga kan. Sekarang, benda tu jadi kelakar pulak.

Biasa lah, zaman sekolah. Siapa paling kuat dia taiko, siapa ulat buku masa sekolah masuk U amik fakulti CS; Culture Shock.

Yeah it is a fact.

Ramai yang aku jumpa amboi bukan main lagi, dah pandai dah angkat barang, parti sana sini, mak nyah bapuk takde hal tebuk. Alaahai macam-macam hal.

Dunia dunia...

Saturday, May 7, 2011

Memang lumrah manusia kalau dah teruja kepada sesuatu benda, mereka akan menceritakan hal-hal sedemikian dengan ghairahnya atau sedihnya atau lain-lain ekspresi. Contoh; seperti golongan A ini, sesudah mereka menonton filem-filem yang best kat wayang then si A mulalah bercerita dari a - z kepada teman se-gay mereka atau kawan yang dalam diam lesbo dan bermacam-macam lagi. Okay, kita panggil mereka AQ. And by the time A bercerita ni, AQ ni mula merasakan mereka tidak patut layan si A ini.

A : Pastu kan, dia kan, haaa pastu pastu dia buat apa taahhh time dia lari tu, gila babi ahh!
AQ: Ohh, action dia mesti best kan?
A : Uishhh gila laaahhh!! ending dia kau nak tau macam mana??
AQ: ...............


Mesti korang pernah mengalami situasi macam ni kan? Jujur aku cakap, aku pernah jadi A kadang-kadang. Potong stim la kalau cerita dari mula sampai habis.

Dan ada pulak segelintir masyarakat yang terlalu taksub dengan ayat-ayat atau trademark ataupun dialog-dialog dari filem tu sehingga mula membuka suatu fan page berdasarkan trademark atau ayat-ayat popular dalam filem tersebut.

Tengok je kat facebook macam mana rupanya. Macam bodoh.

Monday, January 31, 2011

Okay, tepat jam 2.26 am. Aku takde benda nak diceritakan cuma aku rasa dah tiba masa aku jenguk balik blog lama yang ditinggalkan selama setahun ni. It's been a while fellas, aku tahu ramai yang dah lupa dengan ini blog yang tak seberapa ni. Amboi poyonya bahasa.


Enough said.


Just learned a new lesson at Perak which is orang yang kau baru kenal dan mula rapat pada jangka masa yang singkat sebenarnya lagi senang kau akan memusuhi dia. Tak tahu kenapa, tapi aku dah jelik dengan perangai dia yang hidupnya tahu nak 'down' kan orang, loya buruk ahh damn macam-macam lagi lah. What? should i say the name of that person? Naahh it's okay, lagipun dia bukan tau aku ada blog. Lagi bagus kalau dia baca, at least dia sedar. Aku mungkin suka buat orang gelak, ambil LG sama-sama, hisap naga kat tandas dewan makan but still i'm not a perfect person.


Dan aku sedar.


Aku suka bercerita, banyak bercakap dan cuma bercakap bila perlu dan gelak bila terdengar atau ternampak benda-benda bodoh. Orang akan describe aku melalui cara aku bercakap, cara pemakaian aku, cara aku respon terhadap sesuatu perkara. Lantak pi lah orang nak kata pasal baju aku yang kadang-kadang aku akan pakai untuk 2-3 hari, aku selesa dengan baju tu so what pig? perlu ke kau pertikaikan setiap hari benda tu. Oh ya, memang orang gemuk tak boleh bagitahu sesiapa yang dia suka eh? konon-konon aku kena kuruskan badan, makan fat burner blabla beli weight gainer semua tu la? FAK OF! Penat sial aku diam, serius penat. Dan aku juga macam kamu semua juga yang sentiasa berangan dan impikan sebuah perkahwinan yang bahagia hingga akhir hayat.


Tak salah kan berimaginasi?

Saturday, August 28, 2010

Aku baru dihadiahkan sebuah laptop Acer 4745G intelCORE i5, saja nak meriakkan diri kononnya lah, come on Hariz.


Kadang-kadang korang ada terfikir tak untuk apa korang hidup kat dunia ni, apa akan jadi dengan hidup korang dan macam mana korang mengatasinya samada boleh atau enggak dalam istilah kata Indon. Macam aku, aku tak pernah bermain cinta. Atau boleh dikatakan aku pernah suka si dia dan aku tau si dia pun suka aku, dan pada masa yang sama aku mula berangan macam mana kami bercinta berpegangan tangan macam sepasang kekasih yang lain. Kemudian, akan timbul rasa mahu advancekan hubungan itu secara lanjut.


Kami berkahwin dan mempunyai sepasang kembar yang comel, yang lelaki aku berikan nama dan begitulah sebaliknya. Masuk sekolah menengah, aku sendiri menyuruh mereka libatkan diri dalam marching band tak kisah main any kind of instrument. After that, aku masukkan mereka dalam kelas muzik. Yang lelaki bermain violin, dan perempuan aku suruh dia belajar drum. Alangkah indahnya, mereka datang kepadaku sambil berkata "Abah Abah, dengar lagu baru Danial ni".


Bahagia kan hidup macam tu? tapi apakan daya. Ini semua fantasi, lebih kurang macam Alice in Wonderland. Tak salah berimaginasi kan, jangan biarkan orang lain yang tentukan hidup kita. Kebanyakan masyarakat kita sekarang ni lebih kepada budaya mengikut, tiada identiti sendiri.


By the way, comel kan nama Danial?

antaitel

Okay, fuhhh. Tarik nafas dalam-dalam Hariz Shah.


Hai fellas, it's been a while guys. Baru sekarang aku dapat mengepost benda baru sebab selama ni banyak sangat assignment, sekarang pun tengah buat kerja sebenarnya. Yes yes aku merindui kamu yang merindui tulisan aku sekian lama.


Kenapa ye? kita berkawan lama tapi susah sangat nak faham perangai dia. Yang hidupnya tahu tikam belakang, talam dua muka, hipokrit, yang hanya tahu mengkritik tanpa alasan yang relevan. Tapi bila jumpa 'orang baru', kenapa cepat sangat kita memahami dia.


Entah lah, mungkin disebabkan kedesakan hidup yang melampau. I guess? bak kata si Dyna Danielle " Ignoring someone is the easiest way to handle pain ".

Tuesday, June 8, 2010

mainan ekspresi

There's a lot of things to do right now. Aku cuba menaip di dalam blog ni mengepost perkara-perkara baru, tapi tak menjadi. Tak tau kenapa, setelah tulis panjang menggeleber aku cuma simpan. Dan sudah sebulan masih begitu.


Mungkin apa yang aku cuba nak sampaikan terlalu indah atau terlalu sedih sampai tak boleh dikongsi dengan orang lain. I guess so.

Monday, May 10, 2010

pittsburgh

Kita senyum je dah boleh dapat number awek. Tak percaya? cuba try. Mulakan dengan senyuman, kemudian buka cerita yang menarik pasal sambung study kat mana nanti blablabla, kemudian tanya dia ada facebook ke tak.


Dia pun "eh jap, i misscall u kejap. apa number phone you?. nanti senang ah nak contact".


Umpph.

Wednesday, May 5, 2010

Untuk ibu To Mother.

Hai bertemu lagi di rancangan Epilog untuk bulan ini.


Terlalu sibuk dengan kerja yang entah apa-apa, kedai orang Yahudi lah katakan. Bukan tu je, surat tawaran kemasukan IPTA pun berlambak. KLMU, UIA, UTAR aku tak endahkan, sebab aku dapat tawaran yang lagi dekat dengan rumah aku. Betul-betul di sebelah Seksyen 2 Shah Alam, UiTM Shah Alam.


Alhamdulillah, terima atas sokongan dari kau, kau dan kamu semua. Memang kalau lapar balik rumah je, nak buang air besar pun balik rumah kan?

Sunday, April 25, 2010

Kau

Untuk kau dan anak buah kau, aku tabik gila babi dekat kau yang dah ubah semuanya. Dan aku akan rindukan kau, kau, kau, kau, kau oh ye kau juga serta kau. Kita kalahkan sekolah yang berlagak hebat yang pernah ngada-ngada nak pakai nama Cadet. Kita buat yang terbaik sudah memadai.


Kau, ingat aku tak tahu kau pernah menangis kat tandas Sunway Pyramid pasal aku keluar pancaragam. Kau poyo lebih konon tak emosional sangat. Aku hargainya sangat-sangat sampai mati.


Heh, dan untuk kau dan kau, korang dua lah yang menjadi penyebab aku on MSN hampir setiap hari. Sekarang, nama korang tak pernah langsung menyala hijau dekat list aku. Dengan siapa lagi aku mahu cerita pasal music scene dekat Malaysia ni.


And to all my brotherhood, what have you done to me that makes me feel proud? Korang best, aku tak tipu.